| |
 |
| |
1. |
Pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali kakitangan sifoo.com, syarikat pengiklanan serta agensi-agensi promosinya. Tetapi jika terdapat penyertaan daripada entiti berkaitan, hanya pameran dan dokumentasi sahaja dibenarkan.
|
|
 |
2. |
Bilangan penyertaan gambar foto adalah terhad kepada 5 (lima) keping satu penyertaan. Saiz hendaklah dalam 5MB dan berukuran 8 x 12 inci.
|
|
 |
3. |
Subjek gambar perlulah relevan dengan tema "Seni Bina Warisan Malaysia " |
|
 |
4. |
|
|
|
5. |
Semua penyertaan mestilah berwarna dan berada dalam format digital (JPEG) beserta dengan borang penyertaan dalam talian. Gambar hitam putih tidak layak untuk dipertandingkan. |
| |
|
6. |
Segala kos seperti memproses gambar, percetakan, bingkai dsb, bagi menyertai pertandingan ini, adalah di bawah tanggungan pihak penganjur. |
| |
|
7. |
Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. |
|
|
8. |
Setiap penyertaan tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik sifoo.com di mana sifoo.com berhak untuk menerbitkan semula, menyiarkan ataupun mempamerkan penyertaan tersebut dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada di dalam mahupun di luar negara tanpa perlu membayar ataupun memaklumkan kepada peserta. |
|
|
9. |
Imej yang dihantar mestilah yang belum pernah disiarkan melalui sebarang media sebelum ini. |
|
|
10. |
Setiap penyertaan mestilah asli. Penggunaan hasil kerja kreatif pihak ketiga adalah dilarang dan penyertaan akan dibatalkan dengan serta-merta. |
|
|
11. |
Dengan penyertaan ini, para peserta bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap sifoo.com dan kakitangannya, pegawai, rakan sekutu, ejen, dan agensi promosi serta pengiklanannya. |
|
|
12. |
Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kriteria berikut: kandungan tajuk, karya seni, daya kreatif dan teknik. |
|
|
13. |
Perapian ringan seperti pengimbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej adalah dibenarkan. |
|
|
14. |
Teknik-teknik seperti pendigitalan "super-imposed", gambar komposit, foto montaj, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi imej, tidak akan diterima. |
|
|
15. |
Penyertaan hendaklah dihantarkan secara "online" (bersama borang penyertaan "online" yang lengkap)
|
|
|
16. |
|
|
|
17. |
Tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat, jam 5:00 petang, 04 April 2008. Penyertaan lewat tidak akan dilayan. |
|
|
18. |
sifoo.com berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak memenuhi terma dan syarat seperti yang ditetapkan di atas. |
|
|
19. |
Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. |
| |
|
| 20. |
Karya-karya yang terbaik akan dipamerkan di Galeri Shah Alam, dan juga didokumentasikan pada waktu yang akan ditetapkan. |
| |
|
 |